Buah Belimbing Bintang Penawar Hipertensi


Kajian saintifik telah menunjukkan buah belimbing bintang mempunyai khasiat perubatan selain kaya dengan vitamin.

SCHool of Pharmaceutical Sciences , Universiti Sains Malaysia (USM) telah menjalankan beberapa kajian yang menunjukkan bahawa buah belimbing mampu mengurangkan tekanan darah.

Apabila jus belimbing diberikan kepada tikus semasa kajian, tekanan darah binatang tersebut talah turun, diikuti kenaikan , kemudian menurun semula dengan perlahan.

Oleh itu ada kemungkinan buah belimbing, jika kerap dimakan, boleh membantu mereka yang menghidap tekanan darah tinggi. Buah ini dapat membantu melawan kesan pemakanan makanan terproses yang menyumbangkan kepada kenaikan tekanan darah tinggi.

Dalam kajian lain USM juga telah menunjukkan jus belimbing mempunyai sifat-sifat antibakteria seperti staphylococcus penyebab beberapa penyakit seperti indigesi dan masalah kulit.

Vitamin
Buah belimbing bintang juga mempunyai Vitamin A yang tinggi diantara buah-buahan tempatan Malaysia. Setiap 100g mempunyai 155 mcg Vitamin A. Ia juga mengandungi Vitamin B (thiamine, riboflavin), dan mineral kalsium dan besi. Protein, lemak dan karbohirat juga ada dalam bilangan yang kecil.

Berita : New Straits Times, 22nd Aug 1984

About seharisebijibuah

buah merupakan salah satu produk semula jadi yang dapat menyumbangkan kepada kesihatan tubuh manusia. Jika di beri kesedaran tentang khasiat buahan tempatan, masyarakat malaysia akan lebih sihat untuk menjalani kehidupan seharian
This entry was posted in Buah warna hijau and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s